tips nak buat entry!

Jan 6, 2011

Kali ni aku nak citer macam mana korang leh dapat inspirasi untuk conteng blog korang dengan carutan penuh makna bagaikan diari untuk dipratonton. skema kan aku? memang lah boleh dapat inspirasi tapi korang mesti terguling2 nak fikir camner nak ekspresikan blog kau sampai orang lain akan terkejut , melalak , melolong macam kena sawan bila baca entry kau. Aku baru jer dapat hayati penulisan blog yang pernuh bermakna sambil buang masa. bayar aku cepat! penat jer aku fikir. banyak chantek nak tau free free. masuk tandas yang ala2 sarang tikus pun kena 30sen. dah. aku tak harap korang gelak. haha

1. Korang kena rela hati untuk letak jari jemari korang dekat keyboard.  pastu taip lah segala bagai apa yang korang fikir mencarut siket , kutuk semua orang/benda termasuk kucing/lalat rumah korang untuk dijadikan contoh. baru nampk menarik. tapi kalau blog korang kena band , seriously jangan cari aku.

2. Jadi copycat. kau copy jer entry blog orang lain. pastu dengan megahnyer korang post kan kat blog kau sendiri. kalau kau ditangkap, bawak kes ni kemahkamah. cari lawyer yang mahal2.  make sure gak yang tua dan dah bertongkat sebab diorang lebih banyak pengalaman. cari yang pencen pun tak salah. haha

3. Alert dengan alam sekeliling. kau skodeng mak cik blakang umah pun leh dapat inspirasi. AWAS. aku tak sarankan perkara ni melainkan kalau korang betul2 gila. takpun kau g la habiskan duit PTPTN korang tu buat amal jariah. merompak ker , sure leh dapt banyak idea. tulis entry "ROMPAK ROMPEK"

4. Kena ada perasaan untuk menulis. kalau takder , jangan! baik kau buang masa dengan perkara berfaedah contohnya makan meggi , tidur , fbing , menggedik , makan friskies ok gak.

5. Pastikan internet korang tak putus2. kalau tak niaya jer nanti bila takder line. tak dapat nak update post. Menangis tak berlagu la korang.  mogok lah, berkabung lah segala bagai depan warung mamak. buat malu jer.

ok. tu jer aku nak cerita. tapi kalau macam blog korang tak dapat sambutan cam blog aku ni, jangan salahkan aku k. charge untuk tips2 ni aku kenakan 5kupang jer. murahkan? cepat klik nuffnang aku! haha. chaw.

0 spokes!:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails